Nov 5, 2011

Syukur

Assalamualaikum.

Syukur kehadrat Allah, dengan apa yang telah kau berikan kepada aku. Insyallah, aku akan menjadi insan yang lebih baik didunia ini.

Hai semua. Hari ni dah masuk 5 haribulan sebelas tahun dua ribu sebelas. Ceh, gayanya nak tunjuk rajin taip panjang - panjang letewww ! hehe. Hmm, semalam, eh semalam ke ? cepat bebenar masa berlalu kan. Well, semalam 4. 11. 2011, satu lagi sejarah terukir. -apasal macam karangan darjah satu nih, dah dah, sebenarnya. aku dah dapt result final exam aku. huh ! memang cuak gila - gila lah sebab banyak tragedi yang terjadi masa nak check result. Agak kelakar bila difikirkan secara langsung, tapi agak bodoh sebenarnya jika difikirkan secara mendalam. HAHA.

Ni hah, meh den nak start cerita nih ! Pagi 3 hari bulan tu, macam biasa, sudah je semayang subuh, apa lagi, beradu lah. tapi tetiba je rajin nak bangun bangun. Because why ? sesak !Tetiba hidung jadi selsema, tak boleh nak nafas. Agak - agak timer aircond buat pasal, tak reti nak tutup sendiri. Dah lah hujan kan. Okay, saya bangun untuk tutup awak yee. Masa tu macam mengantuk kan. memang tak sedar lah benda alah tu terpasang ke tak sebenarnya, dengan rajin nya aku tutup main suis dia terus. Habis cerita. Then, back to bed. tidur - punya - tidur. Macam tersumbat lagi lah hidung ni. fedap aku ! bangun jelah. lagipun dah macam cerah je kat luar. Yeah, memang dah terlebih cerah kot sebab dah pukul 12 ! Damm ! bangun lambat lagi saya ! hehe Akibat dah bangun lambat tu, mandi terus jelah, sebab dah macam lapar kan. First macam pelik jugak, pasal badan aku seram sejuk je ni. semalam bukan main ok je. Okay saya demam. batuk, bersin , selsema. semua saya ada awak. Ooo, baru saya tau. rupa - rupanya saya demam nak ambil result lah. ade ke patut ? Ish tak patut. tak patut. =.=

Tadi di siang hari, ni versi malam pulak. wahh, bukan main cepat ye jantung ku bedegup ! macam nak runtuh dah rasa weh ! nak boleh ke sampai pukul 12 malam tu, berapa kali dah bukak uitm punya student portal. Kot - kot lah kan dah keluar awal . hehe. But, dont worry, usaha ku tidak berjaya. hehe. dah - dah, nak masuk pukul 12, kira -kira dalam 11. 50 something gitu lah, dah bukak awal - awal student portal. sebab takut nanti jam pulak. persediaan awal bebb ! Hmm, dekat Facebook pulak. tak payah nak kata lah kan, memang penuh update status, takut lah, scary lah. Perlu ke wehh ? lagi tambah takut ada la wei ! Bila dah pukul 12 tu, semangatnya nak check. Okay, tetiba lappy jamm ! YEAAA ! memang tak payah nak cakap apa, sila tunggu until dia rasa nak ok lah kan ! sakit hati sungguh . sabar sabar. dugaaaannnn. 

Cerita bila lappy dah okay pulak. Hmm, student portal pulak buat hal, cakap result tak bukak lagi lah, pautan ditutup lah. unavailable lah. sabar je lah bangg ! sambil -sambil menekan butang refresh tu, rajin lah pulak nak bukak FB, tengok - tengok ada yang dah dapat. Selidik punya selidik. dieorang dapat tau dari email. Then cepat -cepat bukak email. well, susah kan kalau jadi manusia yang banyak email ni. Ish Ish Ish ! aku pun bukak lah email yang uitm hantar dah result aku yang sem lepas punya. Haram pun takde ! sedih sedih sedih. berapa banyak status kat FB tu pun aku tak tau lah, tension punya pasal . Orang lain duk alhamdulilah, kita duk tension lagi. sapa tak tension kan kak ? ada yang cakap mybe pukul 2 macam tu baru boleh. Okay okay, saya tungg, but bila sampai pukul 2 lebih pun, sebesar semut pun tak ade ! dah - dah tidur  !

Well, seperti yang sedia maklumkan, tidur tak lena mandi tak basah. begitu juga dengan tidur ku ! mata pejam, tapi fikiran langsung tak leh nak pejam jugak. grrrr - Oleh sebab itu, saya bangun awal, untuk check lagi, but, still tak ada. cuak gila wehh, asal semua member aku dapat email ,aku je yang tak dapat ni. Aku dismiss ke ? Lagi bertambah takut kot ! Tapi tak tau lah tetiba rajin nak bukan email satu lagi kan. Okay, terima kasih uitm buat saya tak tidur lena !Rupa -rupanya, email tu dah sampai pukul 12. 16 tengah malam tu lagi. aku ni yang rajin sangat bukak email lain tu apa kejadah ! see, macam bodoh lah pulak difikirkan. HAHAHHAHAHA. 

Apa - apa pun, segala halagan dan ujian aku hadapi, ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah. Result aku meningkat dari yang sem lepas punya. Syukur sangat -sangat. Walaupun aku tak dapat sehebat orang lain, tapi sekurang -kurangnya, result aku pun boleh membanggakan ibu dan bapaku. Itu lebih bermakna untuk ku. Alhamdullilah. Insyaallah, aku  kena kuatkan usaha untuk mencapai 4 rata. Please pray for me too okay ! Insyaallah. Amin.


Okay, tu sahaja cerita the way i got my result. tak best mana pun cara saya dapat result, 
tapi dont worry, result saya best.cukuplah dengan apa yang saya usahakan selama ni. :)

Love : ehah

No comments:

Post a Comment